Saturday, May 24, 2014

TGG - KUL - MCT

iya, berbaki tiga minggu lagi di bumi Terengganu.. seminggu di Kuala Lumpur, selepas itu bakal ke Oman utk tinggal dan bercuti bersama ibu.. pulang ke Malaysia pada 26 Ogos untuk kenduri kawan baik semasa diploma dulunya. dan akan bermula semester baru, juga berbaki dua semester sahaja seterusnya melangkah ke alam pekerjaan..

cepatlah masa, aku rindu ibu, aku juga rindu akan mu'izz akhtar. mahu dipeluk cium muizz setibanya di klia nanti, mahu dipeluk cium ibu setibanya aku di Muscat International Airport July nanti..

bukan itu sahaja, pelukan dan ciuman terhadap mu'izz akhtar juga dapat menghilangkan keluh kesah jiwa ini, bau telinga, pipi serta rambut nya nyaman sekali.


cepatlah masa... hello 25 hari :) i'm counting !

"bila semua sakit kau lepas pada Tuhan, ianya akan terbang.. --jadi bintang juga bulan.."

:)

No comments:

Post a Comment