Sunday, February 10, 2013
Dan...
dalam hidup, apa saja yang berlaku pasti ada yang tersembunyi cerita yang kita sendiri tidak pasti bagaimana pengakhirannya. benda yang kita pertahankan, sembunyikan mampu terkeluar segala cerita tanpa kita sedari apabila langkah kita menjadi pincang. kadangkala dalam hidup, ada satu ketika kita terpaksa mendengar kata hati dan menutup perasaan yg selama ini kita pupuk, kita semai disebabkan apa yang berlaku tiada penawar kesakitannya.
Andai ini yang dikatakan ujian dan dugaan, Sesungguhnya, aku terima semuanya dengan redha.
manusia takkan pernah berhenti mencuba selagi belum sampai masa untuk menutup mata buat selamanya. aku mencari kebahagiaan yang kekal abadi, bukan sekadar untuk kepentingan diri. buat kamu yang pernah saya cintai, maaf atas segala yang telah terjadi. mungkin dah tertulis, yang jodoh kita hanya sampai di sini. saya cuba jadi yang terbaik di antara yang terbaik, tapi saya tak mampu. saya tewas dalam fasa pertama. maka, saya terima semua dengan hati yang terbuka yang mencintai tak semestinya memiliki dan mencintai juga tak semestinya kekal sampai mati.
terima kasih kerana benarkan saya menjadi sebahagian dari tulang rusuk kiri kamu. terima kasih juga untuk setiap yang ada, masa kita pernah bersama. segala susah senang, pahit manis yang dah kita lalui bersama, terima kasih kamu, buat segalanya. kamu terbaik yang pernah saya ada (':
p/s: aku halalkan apa yang berlaku, apa yang terjadi. marah aku cukup sampai sini. jaga diri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment