Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa bercampur baur segala rasa ku sekarang. hanya Allah sahaja yang mampu memeberikan dugaan seberat ini buat hambanya. Sesungguhnya dengan rasa rendah diri ini aku rasa kan hidup aku kosong setelah mengetahui bahawa nenek ku sendiri sedang tenat di kampung.
bermula dengan satu panggilan telefon dari ibuku yang berada di Oman baru sahaja tadi. sebenarnya pada waktu itu sebenarnya aku sedang membelek nota utk ditelaah, yalah tengah minggu final, apa lagi yang mampu dibuat oleh setiap mahasiswa atau mahasiswi, terduduk apabila mendengar kenyataan dari ibu ku sendiri.
"juji, mak nak habaq sikit ni.."
"mak nak hbaq apa?"
*sebenarnya satu hari suntuk ni mmg dah rasa tak sedap hati, perut rasa semak sangat, syukur bila Tuhan bagi kelebihan kpd diriku, sebelum dapat tahu benda buruk berlaku, mesti Tuhan bagi petanda awal.. aminnn. terima kasih ya Allah..*
"sebenaqnyaq tok tengah tenat, pakat kampung sakan duk baca yassin dah.."
Lantas kerja membelek nota semuanya terhenti, hanya yang aku sedar hanyalah air mata yang mula bertakung di benak mata. ya Allah apakah ini pula dugaan untuk ku...?
iya, aku tahu.. semua yang hidup pasti akan mati. tetapi kenapa sekarang? ya aku tahu juga bahawa kita tidak boleh menyoal kekuasaanNya, hanya perlu redha dan terima bahawa ia sebagai suatu ujian.. teringat salah seorang kawan dari uitm sarawak berpesan, "Dugaan Allah sape pun xtau jie. Tanda sayang dari-Nya".
untuk pengetahuan semua, harini, 15 jun 2012 sebenarnya aku ada 1 paper, pukul 9 pg.. sesungguhnya kudrat ku telah hilang, jiwaku kosong. yang hanya ada di dalam otak hanya lah perihal nenek di kampung.. semua yang telah aku telaah dua hari lepas aku rasa kan melayang begitu sahaja..
Maaf pak, adik bukan takmau balik dan jenguk, kalau bukan kerana final exam, memang juji dah balik aloq staq dan berada di sana uruskan tok.. tapi apakan daya, dugaan yang diberi olehNya amatlah kuat..
ya Allah, sesungguhnya aku mohon.. jika ini dugaan utk diriku, bahawasanya kau redha kan lah aku, kau tenang kan lah aku dengan setiap dugaan Mu, sesungguhnya aku tidak mampu untuk menanggungnya lagi..
No comments:
Post a Comment